Roadshow Selatan ANC di Meportal.net

Share

 

Nasyeed.com Roadshow Nasyeed.com Roadshow
Nasyeed.com Roadshow Nasyeed.com Roadshow
Nasyeed.com Roadshow Nasyeed.com Roadshow

Nasyeed.com Roadshow         Nasyeed.com Roadshow

Nasyeed.com Roadshow         Nasyeed.com Roadshow

Anugerah Nasyeed.com merupakan anugerah yang pertama kali akan diadakan untuk menggembalikan semula muzik nasyid tanah air pada 13 April ini disusuli konsert  anugerah nasyeed.com pada 14 April yang bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur. Anugerah ini telah dibawakan oleh Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhdatau lebih dikenali sebagai Nasyeed.com.

Seperti mana yang kita lihat pada hari ini, muzik nasyid semakin dipinggirkan dan kurang mendapat perhatian oleh segelintir masyarakat. Kebuntuan tersebut telah menyebabkan anugerah berprestij ini bakal diadakan bagi menyokong karya-karya pemuzik nasyid  tempatan untuk mendapat tempat semula seiring dengan globalisasi muzik di negara kita.

Pihak penganjur, Nasyeed.com giat berusaha bagi memeriahkan anugerah ini dengan mempromosi anugerah tersebut dalam bentuk jelajah promosi atau lebih sinonim dengan roadshow. Pada minggu yang lepas, satu siri jelajah anugerah nasyeed.com telah diadakan buat julung kalinya di selatan negara. Acara tersebut telah berlangsung selama dua hari yang bertempat di The Summit, Batu Pahat dan Mydin, MITC.

Bertempat di The Summit Batu Pahat, Melaka pada 17hb Mac 2012, roadshow yang pertama diadakan agak memuaskan dengan sambutan peminat yang setia menunggu sejak awal lagi. Kumpulan Varianz, Kumpulan Du’a serta penampilan istimewa iaitu bekas kumpulan Raihan, Nazry Johani telah membuat persembahan bagi memeriahkan lagi roadshow tersebut.

Pada keesokan hari, siri jelajah anugerah nasyeed.com diteruskan lagi di Mydin, MITC. Roadshow tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelbagai peringkat umur iaitu daripada peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat tertinggi. Pada kali ini, Kumpulan Varianz dan Kumpulan Du’a masing-masing tercalon dalam dua kategori di dalam anugerah nasyeed.com serta Nazrey Johani terus setia membuat persembahan bagi menyokong anugerah nasyeed.com.

Pada masa yang sama, kumpulan nasyid tanah air yang popular menerusi lagu balqis, UNIC serta penampilan khas, Aisyah yang juga tercalon di dalam kategori vokal terbaik untuk anugerah nasyeed.com turut menyerikan lagi roadshowpada hari ahad yang lalu. Roadshow tersebut yang berlangsung selama dua jam setengah telah diacarakan oleh Jeff dan sesi menandatangani turut diadakan selepas selesai sesi persembahan.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya” itulah jawapan yang paling sesuai jika ada pendapat mengatakan anugerah seperti ini sukar menembusi pasaran muzik dan menyaingi anugerah yang sedia ada di negara kita pada masa ini tetapi jika permulaan seperti ini berterusan dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak tidak mustahil muzik nasyid tanah air bakal mengembalikan semula aura nasyid yang pernah terjadi pada suatu ketika dulu.

Sepanjang dua hari siri jelajah anugerah nasyeed ini diadakan, beberapa pihak penaja telah menaja seperti Chevrolet sebagai kenderaan rasmi, Restoran Bariani Power,Restoran Anugerah dan Restoran Nasi Kandar Padang Kota.

Roadshow anugerah nasyeed.com bakal meneruskan siri jelajahannya di utara iaitu Village Mall, Sungai Petani Kedah pada 24 Mac 2012 yang menampilkan Mestica, Brotherz, Nur One, Wildan, Masrie dan Aishah .

Sumber : Meportal.net

Leave a Reply